Bantuan Tunai One-Off RM 200 Pemandu E-Hailing, P-Hailing & Pemandu Teksi Fasa 3

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor ini merupakan bantuan “one-off” kepada pemandu e-hailing, p-hailing dan teksi yang berdaftar dan aktif di Johor. Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai RM200, dengan pengagihan dibuat mengikut kawasan DUN. Tarikh dan maklumat lanjut bagi Fasa 3 akan diumumkan oleh PAJ dari semasa ke semasa.

Cara Semakan Kelayakan

Langkah 1

Semak kelayakan anda di portal bantuanjohor.paj.com.my

Langkah 2

Masukkan nombor kad pengenalan (IC) pada ruang yang disediakan.

Langkah 3

Semak dan lihat butiran maklumat, termasuk status dan tarikh agihan. 

Langkah 4

Cetak atau simpan salinan maklumat sebagai rujukan semasa pengambilan bantuan di DUN.

Soalan Lazim

Siapakah individu yang layak untuk menerima bantuan ini?

Semua pemandu e-hailing, p-hailing dan teksi yang berdaftar  dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan aktif di Negeri Johor.

Bagaimanakah cara untuk menyemak kelayakan ?

Anda boleh melayari laman portal rasmi bkj.paj.com.my atau hubungi talian pusat khidmat bantuan kasih Johor  di talian 07-5225400  bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Apakah rasional di sebalik penetapan kelayakan bantuan ini dan bagaimana ianya ditentukan?

Pengesahan kelayakan di buat mengikut data yang diperoleh oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Mana – mana individu di kategori E-Hailing, P-Hailing, Kereta Sewa dan Teksi yang berdaftar di bawah APAD layak menerima bantuan ini.

Apakah saya boleh mendaftar dan memohon bantuan ini lagi?

Tiada pendaftaran baru yang dibuat bagi menerima bantuan ini.

Bagaimana kaedah pengambilan bantuan ini ?

Sekiranya anda layak menerima bantuan ini, kami akan sentiasa mengemaskini tarikh dan lokasi pengambilan bantuan ini melalui portal rasmi bantuan bkj.paj.com.my

Pengagihan ini dibuat mengikut DUN masing – masing

Bagaimana jika saya tidak dapat menghadiri untuk pengambilan bantuan ini?

Sekiranya anda tidak dapat hadir ke lokasi pengagihan bantuan ini, anda boleh mewakilkan untuk mengambil bantuan ini dengan mengisi borang kebenaran dan mengikut syarat dan terma yang ditetapkan oleh pihak PAJ semasa tarikh pengambilan tersebut.

Hubungi Kami

Pusat Khidmat Bantuan Tunai One-Off RM 200 Pemandu E-Hailing, P-Hailing & Pemandu Teksi
Pejabat Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)